AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa KL, enam daerah di Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 24 APRIL: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda enam daerah di Selangor sehingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Twitter memaklumkan daerah tersebut ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling serta seluruh Kuala Lumpur, Perlis dan Kedah.

Keadaan sama juga dijangka di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak), Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang) serta Pahang (Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Bera).

Negeri Sembilan pula di Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau serta Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah).

Manakala Sarawak di Sri Aman, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang serta Sabah di Pedalaman (Sipitang dan Beautfort) dan Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :