Hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa KL, tujuh daerah di Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 17 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan tujuh daerah di Selangor sehingga 9 malam ini.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan daerah terbabit ialah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Keadaan sama dijangka di seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa negeri seperti Perak di Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Manakala Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Kulai dan Kota Tinggi) serta Sabah di Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid dan Beluran.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :