Orang ramai hadir mengambil bantuan beg dan peralatan sekolah ketika program bantuan masuk sekolah ahli TAWAS bagi sesi persekolahan darjah 1 tahun 2023 DUN Sungai Tua di Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak pada 29 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Inisiatif tabung pendidikan, lebih 7,000 bayi layak terima RM100 takat Mac

SHAH ALAM, 6 APRIL: Seramai 7,654 bayi yang lahir di Selangor pada tahun lepas hingga Mac lepas layak menerima tabungan RM100 setahun sehingga berumur lima tahun.

Penolong pengurus korporat Yayasan Warisan Anak Selangor berkata pemohonan inisiatif Iltizam Anak Selangor (ANAS) itu masih dibuka kepada lebih 20,000 bayi sehingga hujung tahun ini.

“Sepanjang Ogos tahun lalu, kita terima 11,712 permohonan namun hanya 7,654 diluluskan. Tabungan RM100 sudah dikreditkan ke akaun 3,170 bayi yang layak manakala selebihnya dalam proses,” kata Sharizan Mohd Shariff kepada SelangorKini.

Kerajaan Negeri menerusi Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM3 juta bagi menjayakan ANAS dengan menyasarkan seramai 30,000 bayi menerima RM500.

Setiap peserta bakal menerima akaun skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kelak.

Permohonan yang dibuka sejak 1 Ogos tahun lalu boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang anas.yawas.com.my dengan syarat bayi lahir di Selangor bermula 2022 dan menetap di negeri ini selain merupakan warganegara.

Ibu bapa bayi juga mesti dalam kalangan warga tempatan yang tinggal serta pengundi berdaftar di Selangor serta berumur 18 tahun ke atas.


Pengarang :