Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku Lim Yi Wei (kanan) menyampaikan baucar beli-belah RM100 dan kurma pada program Bantuan Ramadan DUN Kampung Tunku di Pangsapuri Sri Aman, Petaling Jaya pada 27 Mac 2023. Foto Facebook Lim Yi Wei
ADNSELANGOR

Jom derma baju raya, bantu keluarga B40 sambut Aidilfitri

SHAH ALAM, 12 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku mempelawa orang ramai menderma baju raya terpakai untuk diagih kepada golongan kurang berkemampuan.

Wakil rakyatnya Lim Yi Wei berkata pakaian berkenaan akan diberi kepada penghuni Pangsapuri Sri Aman yang kebanyakannya keluarga berpendapatan rendah (B40).

“Program #BundleRaya Penggerak Belia Selangor Kampung Tunku kembali untuk edisi kedua! Jom raikan Hari Raya Aidilfitri secara mesra alam dengan mengumpul dan memberi baju raya ‘preloved’ anda kepada kami.

“Kami memerlukan pakaian seperti baju kurung, baju melayu, baju kebaya, samping, songkok, tudung, kerongsang, kasut sama ada saiz dewasa mahupun kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi.

Orang ramai boleh menghantar pakaian ke Pusat Khidmat DUN Kampung Tunku pada 10 hingga 13 April dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Nur Rahim Nasir menerusi WhatsApp di 018-906 0270.


Pengarang :