Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bandar Utama di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada 1 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah barangan dapur disambung semula minggu depan

SHAH ALAM, 26 APRIL: Jelajah Ehsan Rakyat (JER) diteruskan seperti biasa mulai minggu depan bagi memudahkan orang ramai mendapat keperluan dapur.

Ketua pegawai eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor berkata jualan murah barangan seperti ayam, telur, daging dan ikan akan bermula dari 10 pagi hingga 1 tengah hari.

“Jualan murah berjalan seperti biasa dengan penganjuran di sembilan lokasi setiap hari. Kita faham ramai perlukan barangan murah di musim perayaan ini.

“Tujuan program ini untuk membantu rakyat berjimat. Harga yang ditawarkan murah berbanding harga pasaran,” kata Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi kepada SelangorKini.

Orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

Jelajah Ehsan Rakyat anjuran Kerajaan Negeri menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 16 Januari hingga menjelang Mei.

.


Pengarang :