Orang ramai membeli ketika Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 di Pasar Muhibbah Setia Alam pada 16 April 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kemuncak jualan mega Aidilfitri pada 20 April di Petaling Jaya

SHAH ALAM, 16 APRIL: Kemuncak Jualan Mega Ehsan Aidilfitri akan diadakan secara besar-besaran bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) pada 20 April ini di Petaling Jaya.

Pengurus kanan pemasaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata jualan murah pelbagai jenis barangan itu melibatkan kuantiti besar termasuk penyertaan usahawan tani di bawah Fama.

Pengurus Kanan Pemasaran PKPS, Mohd Fazir Abdul Latif ketika Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 di Pasar Muhibbah Setia Alam pada 16 April 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Menurut Mohd Fazir Abdul Latif, PKPS juga akan membawa kelainan dengan menawarkan produk dan hasil tani yang dibawa terus dari ladang di Selangor Fruit Valley (SFV).

“Kalau sebelum ini kita hanya bawa barangan asas sahaja, tetapi pada hari terakhir itu kita akan jual santan, sayur, dan buah-buahan yang dibawa dari SFV.

“Jika hari raya jatuh pada 22 April, maka kita akan anjakkan. Apa pun kita sudah bersedia dan semua maklumat akan dikemaskini di laman sosial kami,” katanya ketika ditemui di Pasar Muhibbah, Setia Alam  hari ini.

Sempena Aidilfitri, jualan mega dilaksanakan di 23 lokasi bermula semalam hingga Khamis depan.

Inisiatif tersebut menawarkan barangan asas seperti ayam sebanyak 36,700 ekor pada harga RM10 seekor, 12,000 papan telur (RM10 sepapan), 9,900 kampit beras (RM10), 6,100 botol minyak masak (RM25) dan 12,100 pek daging (RM10).

Petugas PKPS Wan Abdul Hakim Wan Azmi membantu Peniaga Bukit Kerayong Hasnani Mohamad memasukan barangan yang dibelinya ketika Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 di Pasar Muhibbah Setia Alam pada 16 April 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :