Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang Rozana Zainal Abidin (tengah) ketika program penyampaian baucar Jom Shopping Aidilfitri di Pasaraya Fresh BestMart Tanjong Karang pada 15 April 2023. Foto Facebook Rozana Zainal Abidin
ADNSELANGOR

Lagi 100 penduduk DUN Permatang dapat baucar Aidilfitri

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 17 APRIL: Seramai 100 lagi penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) menerima baucar Jom Shopping Aidilfitri bernilai RM200 Sabtu lalu.

Wakil rakyatnya Rozana Zainal Abidin berkata penyampaian baucar berjumlah RM20,000 pada sesi kedua itu membantu penerima membeli-belah di Pasaraya Fresh BestMart, Tanjong Karang.

“Baucar itu dapat digunakan penerima bagi membeli barang keperluan sempena Aidilfitri yang bakal menjelang kurang dari seminggu,” katanya menerusi Facebook.

Pada 1 April lalu, DUN berkenaan memperuntuk RM90,000 bagi pemberian baucar Jom Shopping Aidilfitri kepada 450 penerima.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM16.48 juta bagi program pemberian baucar Jom Shopping sempena perayaan yang akan memanfaatkan 82,400 penerima.

Program itu merupakan bantuan yang dilaksanakan sempena tiga perayaan utama iaitu Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali bagi meringankan beban keluarga kurang mampu untuk membeli barangan keperluan.

Nilai baucar juga dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 berikutan situasi ekonomi dan keperluan rakyat.


Pengarang :