Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lapan daerah di Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 5 petang

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 30 APRIL: Lapan daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 5 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) daerah yang terlibat ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal melanda seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Terengganu, Melaka dan Labuan serta beberapa kawasan di lapan negeri lain.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :