Keadaan aliran trafik bergerak perlahan di Plaza Tol Gombak dari kedua-dua arah selepas orang ramai mula pulang dari bercuti di kampung halaman ketika tinjauan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 24 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lebih 1,300 kemalangan jalan raya direkod sepanjang Aidilfitri

SHAH ALAM, 24 APRIL: Sebanyak 1,381 kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang Aidilfitri membabitkan 2,072 kenderaan pelbagai jenis menerusi Op Selamat 20 selama empat hari setakat semalam.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM memaklumkan 1,650 kereta mengalami kemalangan diikuti motosikal (256), kenderaan pelbagai guna atau MPV (102), van (43), lori (13), bas (lima) dan teksi (tiga).

“Pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu dengan berhemah dan sentiasa patuh pada undang-undang. Sayangi diri jauhi kemalangan,” katanya di Facebook.

Ia juga menasihatkan semua pengguna jalan raya sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko terlibat dalam kemalangan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik


Pengarang :