Kenderaan utiliti sukan (SUV) diiringi pihak polis dan Jabatan Penjara yang membawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 25 Ogos 2022, bagi sambungan perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Mahkamah jawab dakwaan enam tertuduh gagal dijamin, meringkuk di penjara

KUALA LUMPUR, 24 APRIL: Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) berkata dakwaan kaunter jamin ditutup awal Khamis lepas sehingga menyebabkan enam tertuduh terpaksa meringkuk di dalam penjara adalah tidak benar.

Menurut PKPMP dalam satu kenyataan semalam, kesemua 10 tertuduh telah dibenarkan mahkamah untuk dijamin, namun hanya penjamin bagi empat tertuduh yang hadir untuk meneruskan proses ikat jamin pada hari berkenaan.

“Sehubungan itu, memandangkan dalam kes ini penjamin bagi keenam-enam tertuduh tidak dapat dikemukakan sehingga kaunter ditutup pada 4 petang iaitu waktu biasa penutupan kaunter sepanjang Ramadan, proses jamin bagi keenam-enam tertuduh tidak dapat disempurnakan,” menurut PKPMP sebagai menjawab dakwaan sebuah portasl berita mengenai isu itu Khamis lepas.

Menurut PKPMP, kehadiran penjamin untuk menguruskan proses jamin merupakan sebahagian daripada tatacara yang perlu dipatuhi, selain bertujuan membolehkan mahkamah mengesahkan identiti penjamin yang bertanggungjawab dalam jaminan itu.

Ia juga bagi memberikan penerangan secara lisan kepada penjamin-penjamin berhubung syarat dan tanggungjawab penjamin sepanjang tempoh jaminan.

-BERNAMA


Pengarang :