Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan keluarga ketika menziarahi pusara arwah bapanya, Shari Mokhsin pada 24 April 2023. Foto Facebook Amirudin Shari
BERITA UTAMASELANGOR

MB, keluarga ziarah pusara arwah bapa dan nenek

SHAH ALAM, 25 APRIL: Dato’ Menteri Besar dan keluarga menziarahi pusara arwah bapanya, Shari Mokhsin yang meninggal dunia dua tahun lalu.

Dalam aktiviti ziarah beliau semalam, Dato’ Seri Amirudin Shari turut singgah di pusara arwah neneknya, Nyaie Rom.

“Sudah dua raya tak dapat sambut Aidilfitri bersama abah. Semoga dalam limpah rahmah Allah jua hendaknya arwah abah,” tulisnya di Facebook.

Almarhum Shari kembali ke rahmatullah disebabkan komplikasi pernafasan kira-kira 5.30 petang pada 21 September 2021.

Jenazah Allahyarham dikebumikan jam 10.40 pagi keesokan harinya di tanah perkuburan Islam Kampung Parit Asam Kumbang, Benut.

Manakala Allahyarhamah Nyaie meninggal dunia pada 5 Ogos tahun lalu selepas kesihatannya merosot akibat diserang angin ahmar lebih lima tahun.


Pengarang :