Antara burung gagak yang berjaya ditembak dan bakal dilupuskan. Foto Facebook MPKS
PBTSELANGOR

MBPJ buka penyertaan operasi tembak gagak Julai, Ogos depan

SHAH ALAM, 24 APRIL: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan mengadakan operasi menembak gagak pada 22 Julai dan 26 Ogos depan.

Susulan itu MBPJ membuka penyertaan kepada mana-mana individu berkelayakan untuk menyertai operasi berkenaan.

Penyertaan dibuka kepada 30 penembak sahaja dan mereka yang berminat boleh memajukan borang permohonan yang lengkap diisi sebelum 28 April jam 4 petang.

Pemohon perlu mengemukakan salinan dokumen seperti kad pengenalan, buku lesen menembak yang terbaharu, buku akaun atau salinan penyata bank.

Penyertaan lengkap sahaja diterima dan permohonan perlu dihantar ke e-mel
[email protected] atau [email protected] atau urusetia Seksyen Kacauganggu, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran.

MBPJ memaklumkan pihaknya berhak menolak permohonan yang tidak memenuhi syarat atau tidak lengkap.


Pengarang :