Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak ketika majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri di Tapak Pasar Ramadan Taman Melawati pada 16 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB pelawa meriahkan rumah terbuka Selangor mulai Jumaat ini

SHAH ALAM, 24 APRIL: Dato’ Menteri Besar mempelawa seluruh penduduk memeriahkan rumah terbuka Aidilfitri Selangor di sembilan daerah secara berperingkat mulai Jumaat ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri itu bermula di Sepang dan akan berakhir di Gombak pada 14 Mei (Ahad).

“Insya-Allah Kerajaan Negeri akan meneruskan tradisi yang dimulakan tahun lepas ini di semua sembilan daerah seluruh Selangor.

“Justeru, seluruh rakyat Selangor dijemput hadir dan memeriahkan sambutan Aidilfitri kali ini,” katanya menerusi Facebook.

Amirudin menjelaskan tahun lalu program sama berjaya mencatat kehadiran mencecah 100,000 hingga 200,000 pengunjung di sembilan daerah.

Beliau berkata program itu lebih efektif dan mencapai matlamat apabila seluruh penduduk dapat merasai kemeriahan sambutan Aidilfitri di daerah masing-masing.

“Selain rumah terbuka, pengunjung juga dapat menyaksikan pelbagai hebahan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang turut disedia dan boleh segara dipohon.

“Program dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan selaku pelaksana utama dan sokongan pejabat daerah serta agensi, program ini turut membantu peniaga dan usahawan makanan untuk bersama menyemarak dan memeriahkan sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri di daerah masing-masing,” katanya.

 


Pengarang :