Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Dr Nor Fuad Abdul Hamid menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Rumah Amal Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 8 April 2023 . Foto Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA
PBTSELANGOR

MBSA anjur majlis iftar rai 100 anak yatim, sumbangan wang tunai RM5,000

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 11 APRIL: Seramai 100 anak yatim menerima sumbangan wang tunai RM50 setiap seorang daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika program iftar di Dataran Kemerdekaan di sini, Sabtu lalu.

Ketua bahagian korporat dan perhubungan awamnya berkata sumbangan kepada anak yatim dari Rumah Amal Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang disampaikan Datuk Bandar Dr Nor Fuad Abdul Hamid.

“Pemberian sumbangan ini adalah inisiatif MBSA untuk menyantuni golongan memerlukan sempena Ramadan,” kata Shahrin Ahmad.

Menurutnya sebanyak 1,000 bungkus juadah berbuka puasa turut diberikan secara percuma kepada pengunjung yang hadir dalam program tersebut.

“Program ini turut diisi dengan Forum Ramadan bertajuk ‘Ibrah Nuzul Quran’ dan bacaan taranum. Selain itu solat Maghrib, Isyak dan Terawih turut diadakan secara berjemaah,” katanya.


Pengarang :