Timbalan Datuk Bandar Mohd Zulkurnain Che Ali menyampaikan sumbangan kepada keluarga kurang berkemampuan dalam program Ziarah Kasih Ramadan di Pangsapuri Court 4, USJ 8, Subang Jaya pada 5 April 2023. Foto MBSJ
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSJ santuni 12 keluarga kurang mampu, hulur sumbangan sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 7 APRIL: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melawat dan menyampaikan sumbangan kepada 12 keluarga kurang berkemampuan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri, Rabu lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategiknya berkata bantuan menerusi program Ziarah Kasih Ramadan itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor dan AEON BIG Subang Jaya.

“Sumbangan berupa bakul makanan, wang tunai RM200 dan kotak Iltizam Prihatin dari MBSJ itu disampaikan Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya Mohd Zulkurnain Che Ali. Tidak ketinggalan bakul makanan daripada JKM dan AEON BIG.

“Ia ini merupakan salah satu inisiatif MBSJ di bawah Sustainable Development Goal bagi membantu golongan memerlukan,” kata Azfarizal Abdul Rashid.

Pihak berkuasa tempatan itu menyampaikan sumbangan di Rumah Pangsa Kos Rendah (RPKR) Blok A-F Jalan SS19 melibatkan enam keluarga dan enam lagi di Pangsapuri Court 4, USJ 8, Subang Jaya.

Hadir sama dalam program tersebut, pegawai JKM Selangor A Ramacanthiran, wakil AEON BIG Subang Jaya, V Ganesan, Ahli Majlis Zon 1 Chia Yew Ken dan Ahli Majlis Zon 3 Lee Jen Uyin.


Pengarang :