Keadaan bumbung rumah pangsa kos rendah di Bandar Baru Bangi yang rosak akibat diterbangkan ribut pada 16 April 2023. Foto MPKj
PBTSELANGOR

MPKj baik pulih bumbung 18 unit rumah pangsa rosak dilanda ribut

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 18 APRIL: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) membaik pulih bumbung 18 unit rumah pangsa kos rendah yang rosak akibat ribut di Kajang Ahad lalu.

Yang Dipertuanya Najmuddin Jemain berkata 16 kediaman tersebut terletak di Jalan 6c/11, Bandar Baru Bangi manakala dua lagi di Bukit Mewah Fasa 6, Kajang Utama.

“Kerajaan Negeri telah mengarahkan MPKj untuk membantu kos baik pulih terlebih dahulu sebelum peruntukan diselaraskan Unit Bencana Setiausaha Kerajaan (SUK).

“Kita akan cuba selesaikan baik pulih bumbung tersebut sebelum Aidilfitri,” katanya ketika berucap dalam Mesyuarat MPKj di Menara MPKj hari ini.

Menurut Najmudin kejadian ribut itu turut merosakkan beberapa gerai bazar Ramadan di Taman Impian Ehsan dan Kajang Utama.

“Peniaga di kedua-dua bazar terlibat telah disantuni wakil rakyat Sungai Ramal Mazwan Johar,” katanya.


Pengarang :