Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 10 malam pada 15 Januari 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

PM umum kadar tol percuma empat hari mulai 19 April

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Kerajaan bersetuju memberikan tol RAHMAH percuma selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata tol RAHMAH percuma itu diberikan pada 19 April (Rabu) hingga 21 April (Jumaat) dan juga pada 24 April (Isnin) untuk perjalanan pulang semula ke kampung halaman masing-masing.

Katanya pelaksanaan tol RAHMAH percuma itu akan melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.

“Ikhtiar ini dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perancangan perjalanan balik,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

– BERNAMA


Pengarang :