AGENDANASIONAL

Ramalan hujan lebat, ribut petir di Selangor dan KL hingga 6 petang

SHAH ALAM, 28 APRIL : Ribut petir dan hujan lebat diramal melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca sama di seluruh Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Manakala, di Kedah kawasan terlibat adalah di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Selain itu Pulau Pinang di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan diikuti Kuala Kelantan (Kuala Krai), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Pahang pula membabitkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin manakala Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sementara itu, cuaca sama turut melanda beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :