AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rumah terbuka Aidilfitri di Klang, MB ajak orang ramai meriahkan suasana

SHAH ALAM, 27 APRIL: Dato’ Menteri Besar mengajak penduduk Klang untuk memeriahkan rumah terbuka negeri sempena Aidilfitri di Padang Taman Sri Kerayong, Kapar, Ahad ini.

“Warga Klang dijemput untuk menghadiri Jelajah Kita Selangor Aidilfitri pada Ahad ini bermula jam 8 malam di Padang Taman Sri Kerayong, Kapar.

“Semua dijemput hadir bersama keluarga dan kenalan sempena musim perayaan ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Berlangsung di sembilan daerah, Jelajah Kita Selangor Aidilfitri  membuka tirai Jumaat ini di tapak pasar pagi Pekan Salak, Sepang, diikuti padang awam Hulu Bernam, Hulu Selangor (29 April) dan Padang Taman Sri Kerayong, Klang (30 April)

Rumah terbuka negeri juga berlangsung di Tapak Agora Night Market Taman Sri Nanding, Hulu Langat (5 Mei), tapak pasar malam Sungai Buloh, Petaling (6 Mei) dan Taman Perwira Sijangkang, Kuala Langat (7 Mei).

Program tersebut diteruskan di Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam (12 Mei) dan padang awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei).

Jelajah bakal berakhir di tapak Uptown Sri Gombak, Gombak pada 14 Mei yang dijadual dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain rumah terbuka, pengunjung juga dapat menyaksikan pelbagai hebahan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Iltizam Selangor Penyayang (ISP) dan boleh segera dipohon.


Pengarang :