Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Tujuh daerah di Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan hingga 5 petang

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 29 APRIL: Tujuh daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, angin kencang dan hujan lebat sehingga jam 5 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) daerah terlibat ialah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal turut melanda seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka serta beberapa kawasan di lapan negeri lain.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :