AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amaran hujan lebat di KL, tujuh daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 4 MEI: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 7 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor selain beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Agensi tersebut memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :