AGENDANASIONAL

Hulu Selangor diramal ribut petir, hujan lebat hingga 4 petang ini

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 2 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di Hulu Selangor sehingga jam 4 petang ini.

Agensi itu di Facebook memaklumkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah dan seluruh Terengganu juga diramal mengalami cuaca sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :