Peserta menghadiri temu duga sempena program Jelajah Jobcare Selangor di Dewan Taman Gombak, Gombak 4 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Jelajah kerjaya Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja bermula Jun

SHAH ALAM, 19 MEI: Lebih 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada orang ramai sempena Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) Selangor  di sembilan daerah negeri ini bermula Jun.

EXCO Pemberdayaan Pekerja V Ganabatirau berkata inisiatif Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu bakal disertai kira-kira 200 syarikat daripada pelbagai sektor.

“Karnival ini akan menjelajah ke sembilan daerah di negeri ini sehingga Disember.

“Rakyat Selangor yang sedang mencari kerja perlu menggunakan peluang keemasan ini,” katanya kepada Selangorkini.

EXCO Pemberdayaan Pekerja V Ganabatirau melawat salah sebuah syarikat dalam program Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) Selangor di Tanjung Karang yang diadakan di Dewan Dato’ Hormat pada 11 Jun 2022. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI

Selain itu, Ganabatirau berkata 120 individu berjaya mendapat pekerjaan menerusi Karnival Kerjaya Selangor 2023 yang diadakan pada 6 dan 7 Mei lalu.

“Sebanyak 959 pemohon lagi layak untuk sesi temuduga kedua,” katanya.

Sebelum ini Ganabatirau berkata seramai 2,500 individu berjaya mendapat penempatan pekerjaan di bawah inisiatif Kerajaan Negeri menerusi karnival kerjaya yang dikendalikan UPPS dari November 2021 hingga 6 Mei lalu.


Pengarang :