Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar (tengah) bergambar bersama selepas merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Selangor 2023 di Dewan Hamzah, Klang pada 6 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kadar pengangguran negara turun kepada 3.5 peratus takat Februari

Oleh DIANA ABD WAHAB

KLANG, 6 MEI: Kadar pengangguran negara menurun kepada 3.5 peratus setakat Februari lalu, kata Menteri Sumber Manusia.

V Sivakumar berkata pasaran buruh negara kembali pulih pada tahap guna tenaga penuh menjadikan kadar pengangguran kurang daripada empat peratus.

“Peluang pekerjaan juga kembali normal di mana hampir 700,000 kekosongan jawatan direkodkan portal pekerjaan MYFutureJobs.

“Setakat 14 April lalu seramai 16,865 individu telah ditempatkan dalam pekerjaan di seluruh negara termasuk 1,646 di Selangor.

Orang ramai menghadiri temuduga ketika Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Selangor 2023 di Dewan Hamzah, Klang pada 6 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Seramai 57,128 pencari kerja berjaya ditempatkan dalam pekerjaan di Selangor tahun lalu menerusi perkhidmatan pekerjaan termasuk melalui portal terbabit,” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan Karnival Kerjaya MYFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Negeri Selangor di Dewan Hamzah, di sini hari ini.

Turut hadir Exco Pemberdayaan Kerja V Ganabatirau; Pengerusi Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

 


Pengarang :