PBTSELANGOR

Komuniti, sekolah dipelawa sertai pertandingan pengumpulan barangan elektrik, elektronik rosak

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 11 MEI: Wakil komuniti dan sekolah dipelawa menyertai Pertandingan Pengumpulan E-Waste anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Pihak berkuasa tempatan itu berkata tiga kategori dipertandingkan iaitu komuniti, sekolah rendah dan sekolah menengah.

“Program kendalian Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar MPAJ menawarkan hadiah RM1,000 bagi juara keseluruhan, RM1,000 (tempat pertama) dan RM750 (tempat kedua).

“Tempat ketiga membawa pulang RM500 manakala sagu hati menerima RM100,” maklumnya menerusi Facebook.

Tarikh tutup penyertaan 31 Mei ini dan pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03-42857007 atau e-mel [email protected].

Mereka yang berminat menyertai pertandingan boleh mengisi borang menerusi pautan https://bit.ly/3HraGmH.

Pengumpulan e-waste membabitkan bahan barangan elektrik dan elektronik yang sudah rosak, tidak berfungsi, lama atau usang.

Tahun lalu, 12 tan sisa e-waste dikumpulkan menerusi pertandingan Hari Alam Sekitar MPAJ yang disertai 47 komuniti termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah dari April hingga Disember.


Pengarang :