Seramai 10,000 pengunjung hadir ketika Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri Daerah Sepang di Pasar Awam Salak, Sepang pada 28 April 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB ajak penduduk hadiri rumah terbuka Kuala Langat Ahad ini

SHAH ALAM, 4 MEI: Orang ramai dipelawa menghadiri rumah terbuka Aidilfitri di Taman Perwira Sijangkang, Kuala Langat Ahad ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) akan bermula jam 8 hingga 11 malam.

“Hadir bersama keluarga dan kenalan sempena musim perayaan ini,” tulisnya di Facebook.

JKSA merupakan rumah terbuka anjuran Kerajaan Negeri keenam dalam siri JKSA yang membuka tirai pada 28 April lalu di Pekan Salak, Sepang.

Program turut diadakan di Padang Awam Hulu Bernam, Hulu Selangor (29 April), Padang Taman Sri Kerayong, Klang (30 April), dan Tapak Agora Night Market Taman Sri Nanding, Hulu Langat (5 Mei).

Ia diteruskan ke Pasar Malam Paya Jaras, Sungai Buloh (6 Mei), Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam (12 Mei) dan Padang Awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei).

Jelajah bakal berakhir di tapak Uptown Sri Gombak, Gombak pada 14 Mei yang dijadual dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengarang :