AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB ajak warga Hulu Langat meriahkan rumah terbuka Aidilfitri Jumaat ini

SHAH ALAM, 3 MEI: Dato’ Menteri Besar mengajak warga Hulu Langat hadir memeriahkan rumah terbuka negeri sempena Aidilfitri di di Tapak Agora Night Market, Taman Sri Nanding, Hulu Langat Jumaat ini.

“Warga Hulu Langat dijemput untuk menghadiri Jelajah Kita Selangor Aidilfitri pada Jumaat ini bermula jam 8 malam di Tapak Agora Night Market Taman Sri Nanding.

“Semua dijemput hadir bersama keluarga dan kenalan sempena musim perayaan ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Seramai 10,000 pengunjung hadir program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Sepang di Pasar Awam Salak, Sepang pada 28 April 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Berlangsung di sembilan daerah, Jelajah Kita Selangor Aidilfitri membuka tirai pada Jumaat lepas di tapak pasar pagi Pekan Salak, Sepang dengan kehadiran 10,000 pengunjung masing.

Rumah terbuka juga berlangsung meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung di padang awam Hulu Bernam, Hulu Selangor dan Padang Taman Sri Kerayong, Klang.

Jelajah diteruskan di Tapak Agora Night Market Taman Sri Nanding, Hulu Langat (5 Mei), tapak pasar malam Sungai Buloh, Petaling (6 Mei) dan Taman Perwira Sijangkang, Kuala Langat (7 Mei).

Lokasi berikutnya di Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam (12 Mei) dan padang awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei).

Rumah terbuka negeri bakal berakhir di tapak Uptown Sri Gombak, Gombak pada 14 Mei yang dijadual dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain rumah terbuka, pengunjung juga dapat menyaksikan pelbagai hebahan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Iltizam Selangor Penyayang (ISP) dan boleh segera dipohon.


Pengarang :