Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Datuk Mahmud Abbas ketika Majlis Jalinan Aidilfitri 2023 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 15 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB meriahkan rumah terbuka tahunan PKNS, lebih 2,000 tetamu hadir

SHAH ALAM, 15 MEI: Majlis Jalinan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 2023 disambut meriah dengan kehadiran lebih 2,000 tetamu di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Bermula jam 11 pagi, majlis dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang tiba pada jam 12.30 tengah hari disambut Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Mahmud Abbas.

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS Muhammad Sobree Zainal Abidin berkata acara itu merupakan tradisi tahunan perbadanan tersebut dalam meraikan rakan niaga.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Datuk Mahmud Abbas bergambar bersama kakitangan PKNS ketika Majlis Jalinan Aidilfitri 2023 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 15 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Antara yang hadir hari ini terdiri daripada rakan niaga dan korporat, anak syarikat, pihak berkuasa tempatan dan media.

“Menerusi majlis ini, dapat mengekalkan hubungan baik bersama pihak-pihak yang banyak membantu urusan perniagaan PKNS,” katanya.

Belaiu ditemui pada majlis tersebut.Turut hadir EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim dan EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han.

Tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai juadah antaranya kambing golek, sate, mi goreng, apam balik dan air katira.


Pengarang :