Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membina tembok bagi menghalang limpahan air longkang di Jalan SS 2/6 berdasarkan gambar yang diambil pada 12 Mei 2023. Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI.
ADNSELANGOR

MBPJ selesai naik taraf longkang, atasi limpahan air ke rumah penduduk

Oleh Shamz Johan

PETALING JAYA, 12 MEI: Projek mitigasi banjir bagi mengatasi masalah limpahan air longkang ke rumah penduduk di Jalan SS 2/6 di sini selesai dilaksanakan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku berkata kerja naik taraf longkang oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada akhir Ogos 2022 selesai sepenuhnya pada Januari lalu.

“Masalah berpunca akibat kawasan rumah penduduk rendah hingga menyebabkan aliran air longkang melimpah masuk ke rumah mereka setiap kali hujan lebat.

ADN Kampung Tunku Lim Yi Wei (tengah) bersama penduduk pada sidang media di Jalan SS 2/6 pada 12 Mei 2023. Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI

“Justeru, MBPJ menaik taraf kawasan ‘downstream’ di Jalan SS 2/9 (Masjid Aminah Al-Mukhairi) dan telah membina benteng bagi menghalang air longkang daripada melimpah,” kata Lim Yi Wei pada sidang media hari ini.

Jelas beliau, satu pintasan turut dibina pada longkang (Jalan SS 2/9) untuk mengurangkan aliran air yang tinggi dari kawasan pusat komersil (upstream) di Jalan SS 2/10.

Menurutnya, projek dengan peruntukan hampir RM100,000 itu melibatkan saluran longkang terbuka sepanjang kira-kira 500 meter.


Pengarang :