EXCO Perumahan dan Kesejahteraan bandar Rodziah Ismail berucap pada majlis pelancaran Karnival SeHeart di Perbadanan Pangsapuri Anggerik 23, Seksyen 24, Shah Alam pada 28 Mei 2023. Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Negeri lancar program jaga kesihatan sasar penghuni rumah bertingkat

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 28 MEI: Kerajaan Negeri melancar program penjagaan kesihatan untuk penduduk perumahan strata (SEHEART) anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

EXCO Perumahan Rodziah Ismail berkata karnival itu menyasarkan keluarga daripada golongan berpendapatan rendah (B40) yang mendiami perumahan pangsapuri kos rendah dan sederhana.

“Program ini akan mendedahkan mereka (keluarga) dengan kaedah penjagaan nutrisi dan juga khidmat nasihat selain meningkatkan kesedaran dan tahap kesihatan komuniti dalam aspek pemakanan, kesihatan mental dan isu penyakit bawaan vektor seperti denggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Karnival SEHEART di Perbadanan Pangsapuri Anggerik 23, Seksyen 24 di sini hari ini. Turut hadir Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusof dan Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MBSA Nurzalina Luso.

Kanak-kanak bermain dam ular dan karom pada Karnival SeHeart di Perbadanan Pangsapuri Anggerik 23, Seksyen 24, Shah Alam pada 28 Mei 2023. Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI

Pelbagai aktiviti dan reruai dibuka pada karnival tersebut seperti senamrobik, pertandingan mewarna, saringan kesihatan dan klinik pergigian bergerak oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.

Rodziah turut menyampaikan Pek Peduli berupa barangan makanan seperti beras, minyak masak dan tepung gandum kepada 25 keluarga B40 sumbangan Yayasan Mesra Selangor.

Mengulas lanjut, beliau berkata MBSA akan melaksanakan program pemberian makanan bernutrisi SEHEART yang menyasarkan 50 kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun daripada keluarga rentan terpilih.


Pengarang :