Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak Shah Alam On Wheels (SAOW) di kawasan awam pada hujung minggu untuk kemudahan orang ramai berurusan. Foto MBSA
PBTSELANGOR

Pejabat bergerak MBSA beroperasi di Aeon Mall Shah Alam esok

Oleh Fitri Hazim

SHAH ALAM, 19 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan pejabat bergerak di kawasan tempat letak kereta  Aeon Mall Shah Alam, Seksyen 13 di sini, esok.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya  Shahrin Ahmad berkata perkhidmatan Shah Alam On Wheels (SAOW) akan mula beroperasi pada 11 pagi hingga 5 petang.

“SAOW merupakan merupakan platform yang disediakan oleh pihak MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Perkhidmatan yang disediakan melalui pejabat bergerak ini adalah semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja, jualan buku pelan setara dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, melalui perkhidmatan ini pihaknya berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.


Pengarang :