Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli meninjau klinik bergerak ketika Kempen Kesihatan Percuma DUN Bukit Melawati di Taman Senangin, Kuala Selangor pada 28 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Pemeriksaan kesihatan percuma bantu penduduk ketahui tahap kesihatan, ringankan beban

KUALA SELANGOR, 28 MEI: Perkhidmatan klinik bergerak anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati mendapat sambutan penduduk terutama bagi mereka yang ingin mengetahui tahap kesihatan masing-masing.

Pengusaha kantin, V Kavita, 43, berkata dia teruja membuat pemeriksaan kesihatannya selepas lebih dua tahun tidak berbuat demikian.

V Kavita, 43, ketika ditemui pada Kempen Kesihatan Percuma DUN Bukit Melawati di Taman Senangin, Kuala Selangor pada 28 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Terima kasih kepada wakil rakyat kami yang sangat peka terhadap kesihatan masyarakat setempat.

“Program sebegini amat baik kerana saya sendiri pun sudah lama tidak lakukan pemeriksaan kesihatan,” katanya kepada Selangorkini hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli hadir meninjau operasi klinik bergerak di Taman Senangin, Sungai Buloh di sini.

Sementara itu, warga emas, Tan Ah Nooi, 77, berkata dia mengambil peluang itu memeriksa tahap penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dihadapinya.

Tan Ah Nooi, 77, ketika ditemui pada Kempen Kesihatan Percuma DUN Bukit Melawati di Taman Senangin, Kuala Selangor pada 28 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Program ini sangat bagus. Kalau mahu buat di klinik, mungkin saya perlu bayar. Ia sangat membantu penduduk kurang berkemampuan,” katanya.

Program saringan kesihatan percuma itu dianjurkan bersama Poliklinik Sri Prima dengan kerjasama Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA).

Ia diadakan dari jam 8 pagi hingga 1 tengah hari dengan menawarkan pemeriksaan sakit kronik, sakit mental, ujian elektrokardiogram (ECG) serta saringan kesihatan wanita.

Orang ramai membuat pemeriksaan kesihatan ketika Kempen Kesihatan Percuma DUN Bukit Melawati di Taman Senangin, Kuala Selangor pada 28 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Orang ramai membuat pemeriksaan kesihatan ketika Kempen Kesihatan Percuma DUN Bukit Melawati di Taman Senangin, Kuala Selangor pada 28 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :