Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Dr Ani Ahmad berucap pada Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Yang Dipertua MPAJ Ke-9 di Menara MPAJ pada 8 Mei 2023. Foto Majlis Perbandaran Ampang Jaya
PBTSELANGOR

RM3.2 juta kutipan parkir MPAJ hingga 25 Mei

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 31 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengumpul RM3.2 juta bayaran tempat letak kereta dalam kawasan pentadbirannya bagi tempoh 1 Januari hingga 25 Mei tahun ini.

Yang Dipertuanya Dr Ani Ahmad berkata daripada jumlah tersebut kutipan sebanyak RM1.2 juta membabitkan sewaan petak khas.

“Sejumlah RM146,000 dikutip menerusi bayaran pas bulanan dan RM142,000 daripada pas bulanan penduduk.

“Bagi kutipan tempak letak kereta secara dalam talian pula, MPAJ memperoleh RM1.6 juta,” katanya.

Berucap dalam mesyuarat penuh bulanan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu di Menara MPAJ semalam, Ani berkata sejumlah RM1.7 juta diterima untuk bayaran tempat letak kereta melalui Smart Selangor Delivery Unit (SSDU).


Pengarang :