Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Low Kwee Sia (tiga dari kiri) bersama kakitangan Claws Veterinary Clinic & Surgery sempena program pelesenan anjing peliharaan di Taman Berkeley Klang pada 27 Mei 2023. Foto Facebook MPK
PBTSELANGOR

MPK lesenkan 131 anjing, terima 91 permohonan baharu

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 31 MEI: Sebanyak 131 anjing dilesenkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerusi program secara in-situ di lokasi terpilih sejak 20 Mei lalu.

Yang Dipertua Noraini Roslan berkata program sehingga 12 Ogos depan turut menerima 91 permohonan baharu selain 55 anjing menerima vaksin.

“​Program ini merupakan antara program ‘outreach’ yang dilaksanakan MPK untuk penduduk yang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan selaras keperluan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MPK) 2007.

“Kita harap dapat pupuk sikap tanggungjawab pemilik bagi menjaga kebajikan haiwan peliharaan dan secara tidak langsung dapat mengawal kacau ganggu daripada aktiviti pemeliharaan anjing,” katanya dalam mesyuarat penuh bulanan MPK semalam.

Beliau berkata pemilik boleh mendapatkan lesen peliharaan dengan bayaran RM10 seekor di setiap lokasi mengikut jadual yang ditetapkan atau boleh membuat permohonan secara atas talian.

“​Kegagalan mendapatkan lesen bagi anjing peliharaan boleh menyebabkan pemilik dikenakan tindakan penguatkuasaan,” katanya.


Pengarang :