Pemandangan bandar Klang (gambar hiasan). Foto Facebook Klang Bandar DiRaja
PBTSELANGOR

Sertai pertandingan fotografi Klang, tawar hadiah wang tunai

SHAH ALAM, 20 MEI: Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan Fotografi Pelancongan Klang 2023 yang bermula sejak 10 Mei lalu hingga 15 Jun ini.

Tourism Selangor menerusi Facebook memaklumkan penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Berdasarkan poster dikongsi, pertandingan yang bertema ‘Klang Ke Arah Bandaraya 2023’ itu menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM5,000.

Johan bakal memenangi wang tunai RM1,500 diikuti naib johan (RM1,000), tempat ketiga (RM500) dan tujuh hadiah saguhati bernilai RM250.

Terdapat tiga tema pertandingan iaitu gambar berkaitan keindahan bangunan bersejarah di Klang, gaya hidup (berkaitan peristiwa atau budaya di Klang) dan keindahan alam semulajadi.

Peserta boleh menyertai pertandingan dengan mengisi borang penyertaan melalui pautan https://forms.gle/1a1a8AasB5A9gUu27

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan, Jabatan Kemasyarakatan, Majlis Perbandaran Klang di talian 03-3375 5555/1013/1015 atau 016-657 0753 (Nalini) atau 010-501 7339 (Shuhadah).


Pengarang :