Yoong Wei Theng sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan SEA 2023, Kemboja selepas meraih gangsa dalam acara larian berhalangan individu lelaki. Foto Bernama TV
AGENDASUKANKINI

Sukan SEA: Atlet larian berhalangan sumbang pingat sulung negara

PHNOM PENH, 6 MEI: Atlet larian berhalangan, Yoong Wei Theng muncul atlet pertama menyumbang pingat kepada negara pada Sukan SEA 2023 selepas meraih gangsa acara lelaki individu, di sini hari ini.

Acara yang berlangsung di tempat letak kereta Chroy Changvar Convention Centre itu, menyaksikan Wei Theng tidak berdepan masalah apabila unggul meninggalkan peserta tuan rumah, Ol Saoheang sejak dari awal saingan.

Malang menimpa Saoheang selepas terjatuh pada halangan kedua sekali gus merencatkan usahanya mengejar wakil Malaysia itu.

Wei Theng yang melengkapkan setiap halangan dengan sempurna bagi larian sejauh 100 meter itu merekodkan masa 28.234 saat (s) dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.

Sementara itu, wakil Filipina, Mark Julius Malabriga Rodelas muncul juara dengan mencatat 25.194s menewaskan rakan sepasukannya, Kevin Jeffrey Dador Pascua (26.814s).

Wakil Filipina, Mark Julius Malabriga Rodelas muncul juara dengan merekodkan 25.194s menewaskan rakan sepasukannya, Kevin Jeffrey Dador Pascua (26.814s).

Sementara itu, Wei Theng mengakui terkejut dengan insiden apabila Saoheang terjatuh pada halangan kedua pada acara hari ini.

“Ketika dia jatuh, saya terkejut tetapi saya teruskan untuk menamatkan perlumbaan tanpa terganggu dan hilang fokus,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Athirah Hidayah mengakui kesilapan ketika bergayut pada 70 meter (m) terakhir memberikan kelebihan buat lawannya memintasnya.

Bagaimanapun, beliau berharap dapat memperbaiki prestasi dan kembali lebih kuat untuk beraksi dalam saingan berpasukan menentang Kemboja esok.

– BERNAMA


Pengarang :