Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berswafoto dengan orang ramai pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani sempena Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Gombak di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak, Batu Caves pada 14 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Taman Seri Gombak undang nostalgia perubahan pentadbiran Selangor 2008

GOMBAK, 15 MEI: Lokasi terakhir penganjuran Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) yang berlangsung di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak mengundang nostalgia kepada Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata lokasi sama menjadi pentas ‘Grand Finale’ dalam kempen pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) sebelum perubahan pentadbiran di Selangor pada 2008.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani sempena Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Gombak di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak, Batu Caves pada 14 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Lokasi ini mengingatkan nostalgia pada 2008, di tapak inilah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) membuat ‘Grand Finale’ yang telah mencetuskan perubahan besar di Selangor.

“Insya-Allah dengan izin Allah dan tekad, kita bersama akan kekalkan dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang,” katanya ketika berucap pada program rumah terbuka JKSA daerah Gombak di lokasi berkenaan malam tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai kepada orang ramai ketika hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani sempena Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Gombak di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak, Batu Caves pada 14 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Dihadiri lebih 35,000 pengunjung, acara yang dianjurkan bersekali dengan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebanyak 29 gerai disediakan dengan lebih 42 juadah antaranya lemang daun lerek, ketupat, rendang, sate, kambing golek, aneka jenis kuih muih, buah-buahan dan pelbagai jenis air balang.

Pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal Dato’ M Nasir, Dayang Nurfaizah dan Pija Mentor.

Orang ramai yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani sempena Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Gombak di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak, Batu Caves pada 14 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sebelum ini, pada PRU 2008 gabungan Pakatan Rakyat telah membentuk kerajaan di Selangor apabila berjaya mendapatkan 36 kerusi berbanding Barisan Nasional yang hanya memperoleh 20 kerusi.


Pengarang :