Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan asas di program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri Jeram di Fasa 2 Puncak Alam di sini, pada 8 Mei 2023. Foto SOFIA NASIR/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Warga DUN Jeram manfaat jualan murah beli barangan harian, keperluan rumah terbuka

KUALA SELANGOR, 8 MEI: Sambutan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) peringkat Dewan Undagan Negeri (DUN) Jeram hari ini amat memberangsangkan apabila 200 nombor giliran habis kurang dari sejam.

Pengurus ternakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata penduduk mengambil peluang membeli barangan harian selain membuat persediaan membuat rumah terbuka.

“Sambutan hari ini amat memberangsangkan. Penduduk membeli barangan keperluan harian dengan daging paling laris terjual.

“Mungkin ada yang membeli sebagai persiapan menyambut tetamu kerana kita masih dalam suasana Aidilfitri,” kata Nurul Hanis Wan Hussin ketika ditemui dalam program di Fasa 2 Puncak Alam di sini.

Program jualan murah tersebut menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 15 Januari hingga Mei.


Pengarang :