EXCO Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail bersama Dato’ Juhari Ahmad bergambar bersama selepas majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Yayasan Mesra Selangor bersama rakan strategik mudahamal.com di banguna pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 3 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Yayasan Mesra Selangor meterai MoU bersama tiga syarikat, rancak usaha bantu rakyat

SHAH ALAM, 3 MEI: Yayasan Mesra Selangor (YMS) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama tiga rakan strategik hari ini, bagi merancakkan lagi usaha membantu rakyat kurang berkemampuan.

EXCO kesejahteraan bandar berkata pemeteraian bersama tiga syarikat itu membolehkan YMS mengurus infak agihan korban, membina lebih banyak pusat dialisis dan pusat kebajikan warga emas.

EXCO Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail berucap ketika majlis majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Yayasan Mesra Selangor bersama rakan strategik mudahamal.com, Gedung Penawar Sdn Bhd dan Noble Care Malaysia Sdn Bhd di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 3 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Dengan adanya perkhidmatan ini, YMS berharap rakyat teramai dapat diberi peluang serta alternatif kepada kemudahan yang sebelum ini sukar diadakan atau diberi secara percuma,” kata Rodziah Ismail.

Terdahulu beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif YMS Zahariman Ariffin menyaksikan majlis pemeteraian MoU berkenaan di foyer bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di sini hari ini.

YMS menandatangani MoU bersama organisasi mudahamal.com yang bakal melaksana serta mengurus pembelian lembu atau kambing secara infak sempena Aidiladha menerusi program Mesra Qurban.

Perkhidmatan infak tersebutbermula 8 Mei ini dengan agihan korban akan dibuat kepada penduduk kurang berkemampuan yang telah dikenalpasti.

Selain itu, turut ditandatangani adalah MoU bersama Gedung Penawar Sdn Bhd yang akan menambah 10 lagi pusat dialisis di seluruh Selangor, dengan penjenamaan semula daripada Pusat Dialisis Rakyat kepada Dialisis Mesra Selangor.

EXCO Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail bersama Dato’ Juhari Ahmad menyaksikan majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Yayasan Mesra Selangor bersama rakan strategik Gedung Penawar Sdn Bhd di foyer banguna pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 3 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

YMS juga memeterai perjanjian bersama Noble Care Malaysia Sdn Bhd yang menyaksikan pembinaan lima Pusat Mesra Warga Emas baharu bagi membantu pesakit demensia dan pesakit kritikal.

YMS yang diselia oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor adalah organisasi amal yang ditubuhkan bagi membantu golongan B40, miskin tegar, keperluan mendesak dan bencana alam.


Pengarang :