Orang ramai menghadiri Karnival Kerjaya Mega 2022 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

10,000 peluang kerja menanti warga Selangor dalam karnival hujung minggu ini

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 14 JUN: Sebanyak 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan sempena Karnival Kerjaya Mega Selangor 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), hujung minggu ini.

Bakal disertai 120 majikan dalam pelbagai sektor, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mempelawa orang ramai yang memerlukan kerja untuk mengambil peluang tersebut.

“Karnival Kerjaya Mega Selangor pada Sabtu dan Ahad ini menawarkan 10,000 peluang pekerjaan daripada 120 majikan. Bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, warga Selangor yang sedang mencari kerja dijemput hadir,” katanya di Facebook hari ini.

Karnival tersebut yang pertama kali diadakan pada Jun tahun lalu membantu seramai 1,996 individu mendapat pekerjaan menerusi penyertaan lebih 100 syarikat pelbagai sektor.

Individu yang berminat untuk menyertai program tersebut boleh mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang www.selangorjobportal.com.my.


Pengarang :