AGENDANASIONAL

Amaran hujan di KL, tiga daerah di Selangor hingga 11 malam

SHAH ALAM, 20 JUN: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda tiga daerah di Selangor itu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta Kuala Lumpur hingga 11 malam ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook  memaklumkan cuaca sama diramal melanda beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

 


Pengarang :