AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat hingga 8 malam

Oleh Nas Norziela Nasbah
SHAH ALAM, 13 JUN: Tiga daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat diramal berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 8 malam ini.
Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook  memaklumkan cuaca sama dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Pengarang :