AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, tiga negeri hingga 9 malam

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 2 JUN: Daerah Hulu Selangor diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di beberapa daerah di Perak iaitu Larut, Matang, Selama dan Muallim.

Keadaan sama dijangka berlaku Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu (Besut dan Dungun).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam boleh merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :