AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di KL, lima daerah di Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 3 JUN: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Kuala Lumpur dan lima daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama diramal melanda seluruh Perlis serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Agensi tersebut memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :