AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir lima daerah di Selangor, Putrajaya hingga 7 malam

SHAH ALAM, 27 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lima daerah di Selangor sehingga jam 7 malam.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan daerah terlibat adalah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Langat.

Cuaca sama turut diramal berlaku di Perlis, Putrajaya dan beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak serta Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :