Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang di Kota Warisan, Sepang pada 30 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Angka ekonomi sangkal tuduhan Azmin, prestasi negeri terbaik sejak 2008

Oleh DIANA ABD WAHAB

GOMBAK, 28 JUN: Nilai pertumbuhan dan sumbangan negeri kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)  tahun lalu membuktikan kejayaan pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menegaskan angka laporan Jabatan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sekali gus menyangkal tuduhan kononnya prestasi ekonomi merosot.

Beliau juga kesal Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Dato’ Mohamed Azmin Ali tidak jujur ketika mengulas pencapaian ekonomi negeri semata-mata demi kepentingan politik.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas majlis penyerahan lembu korban Parlimen Gombak dan DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 28 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Laporan DOSM membuktikan kita beri sumbangan 25.5 peratus kepada KDNK negara. Ini paling tinggi dalam sejarah sejak 2008.

“Paling dekat 2021, kita sumbang 24.8 peratus. Sebelum ini (zaman Azmin), tidak pernah sampai 24 peratus,” katanya dalam program penyerahan 115 lembu untuk Parlimen Gombak di sini hari ini.

Dalam ceramah baru-baru ini, Azmin yang juga bekas Dato’ Menteri Besar mendakwa pencapaian ekonomi ketika pentadbirannya lebih baik berbanding zaman Amirudin memimpin negeri sejak 2018.

Amirudin, penyandang Dewan Undangan Negeri Sungai Tua, baru-baru ini juga memaklumkan pencapaian terbesar pelaburan negeri adalah RM18 bilion, terbaik dalam tempoh 30 tahun.

Angka itu jauh lebih besar berbanding era Azmin iaitu antara RM5 bilion hingga RM7 bilion.


Pengarang :