Sektor logistik berkembang pesat di Pelabuhan Klang dan akan diperluas ke Pulau Carey bagi menjana ekonomi negeri. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Negeri catat pertumbuhan tertinggi, sumbangan KDNK terbesar sejak 2008

SHAH ALAM, 27 JUN: Selangor mencatat pertumbuhan tertinggi dan sumbangan terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sejak Pakatan Harapan (HARAPAN) mentadbir negeri mulai 2008.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan sumbangan KDNK tahun lalu iaitu 25.5 peratus melebihi satu perempat ekonomi Malaysia, meningkat 0.7 peratus berbanding 2021.

Memetik laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi 2022, beliau berkata nilai pertumbuhan pula 11.9 peratus, bertambah 3.2 peratus berbanding 8.7 peratus kadar nasional.

“Ini pertumbuhan paling tinggi dan sumbangan tertinggi Selangor kepada KDNK negara sejak HARAPAN diberi amanah mentadbir negeri ini pada 2008,” katanya di sini hari ini.

Beliau dalam kenyataan menambah Selangor satu daripada empat negeri yang mencatat pertumbuhan melebihi paras nasional selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Pahang.

Katanya, sektor pembuatan menyumbang satu pertiga industri pembuatan, meningkat sembilan peratus manakala pembinaan melebihi satu pertiga di seluruh negara atau 34.1 peratus.

“Sektor perkhidmatan Selangor pula terus rancak dan mencatatkan pertumbuhan paling tinggi berbanding mana-mana negeri iaitu sebanyak 13.6 peratus pada tahun 2022,” katanya.


Pengarang :