AGENDANASIONAL

ANIS pelawa belia istimewa hadir temu duga program kursus kemahiran esok

SHAH ALAM, 14 JUN: Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) mempelawa belia orang kurang upaya (OKU) (masalah pembelajaran) berumur 17 hingga 22 tahun menghadiri sesi temu duga program kursus kemahiran, esok.

Bertempat di Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS di Ideal Convention Center (IDCC) di sini, jabatan itu memaklumkan sesi temu duga dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dijadual berlangsung mulai 9 pagi hingga 3 petang.

Menerusi Facebook, ANIS turut memaklumkan antara kursus kemahiran yang ditawarkan di ILSC termasuklah kursus asas bakeri, teknologi maklumat, pengurusan kafe dan cenderahati.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan www.anisselangor.com/sediakerja dan sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 03-5545 3170.


Pengarang :