EXCO Kerajaan Prihatin Ganabatirau Veraman bergambar bersama penerima selepas majlis penyerahan sumbangan bantuan yuran pengajian pelajar komuniti India B40 Fasa 1 2023 di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 24 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Dana lebih RM7.6 juta biaya yuran 1,817 pelajar lanjut pelajaran di IPT

SHAH ALAM, 28 JUN: Lebih RM7.6 juta dibelanjakan sejak 2013 bagi membantu pelajar melanjutkan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT).

EXCO kerajaan prihatin berkata sehingga tahun ini skim khas itu sudah membantu 1,817 pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40).

“Sejak 10 tahun lalu Kerajaan Negeri memperuntuk sejumlah wang bagi meringankan beban keluarga susah dalam aspek pendidikan.

“Kita tidak mahu mereka terlepas peluang belajar ke peringkat tinggi disebabkan isu kewangan. Sebab itu kita cuba bantu seramai mungkin supaya mereka tidak tercicir,” kata V Ganabatirau kepada Selangorkini.

Beliau menjelaskan skim Bantuan Yuran IPT Bagi Pelajar Komuniti India B40 layak dimohon pelajar yang menyambung pengajian peringkat diploma dan ijazah.

“Tahun ini hampir RM2 juta diperuntuk kepada 502 pelajar. Bantuan diserahkan berperingkat dengan kumpulan pertama terima minggu lalu diikuti Julai dan Ogos ini.

“Untuk pelajar diploma, mereka bakal menerima bantuan sehingga RM3,000 manakala untuk pelajar ijazah sebanyak RM5,000. Bantuan terus dikreditkan kepada pihak IPT,” katanya.


Pengarang :