Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Dr Ani Ahmad (tengah) bersama kakitangan dan ahli majlis MPAJ pada majlis pelancaran logo baru sempena ulang tahun penubuhan MPAJ ke-31 di Menara MPAJ pada 27 Jun 2023. Foto MPAJ
PBTSELANGOR

MPAJ lancar logo baru sempena ulang tahun ke-31

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

AMPANG, 28 JUN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melancarkan logo baru selaras misi menjadikan Ampang Jaya bandar digital dan berdaya huni menjelang 2025.

Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad berkata logo sempena penubuhan MPAJ pada 1 Julai 1992 itu juga akan digunakan bagi semua aktiviti dan promosi pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

“Logo ini juga sempena ulang tahun penubuhan ke-31 MPAJ. Sebelum ini kita adakan pertandingan mencipta logo ini dari 24 Mei hingga 2 Jun lalu yang terbuka untuk warga kerja.

Logo baru sempena ulang tahun penubuhan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ke-31 dilancarkan Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad pada 27 Jun 2023. Foto MPAJ

“15 penyertaan diterima daripada pelbagai jabatan dalaman MPAJ antaranya Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Korporat dan Teknologi Maklumat serta Jabatan Kejuruteraan,” katanya pada majlis pelancaran logo tersebut di Menara MPAJ Ampang Jaya, semalam.

Satu sesi penilaian dan pemilihan dilaksanakan Dr Ani yang berlangsung 12 Jun lalu dengan Mohd Hirazat Abd Wahid daripada Jabatan Kejuruteraan terpilih sebagai pemenang dan membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

“Di sebalik menara yang tersergam indah ini ada warga kerja yang komited menjalankan tanggungjawab diamanahkan.

“Alhamdulillah, pelbagai kejayaan dan pencapaian dikecapi dalam tempoh 31 tahun ini. Tahniah dan terima kasih kepada kakitangan MPAJ dan warga Ampang Jaya,” katanya.


Pengarang :